Maklumat Syarikat




               ZYS Jelita Boutique / ZYS Fashion


ZYS Jelita Boutique telah ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai sebuah syarikat menjual pakaian, terletak di kawasan industri HICOM, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Berbekalkan pengalaman dan usaha gigih, pada tahun 2004, ZYS Jelita Boutique memulakan perkhidmatan jahitan pakaian secara borong kepada peniaga-peniaga pakaian. Maklum balas positif yang diterima membuktikan ZYS Jelita Boutique cemerlang dalam perkhidmatan yang ditawarkan dan kepuasan pelanggan tentunya menjadi keutamaan.

Pada tahun 2009, ZYS Jelita Boutique melebarkan sayap perniagaannya dengan membekalkan pakaian siap secara borong terutamanya pakaian untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu ZYS Fashion telah ditubuhkan untuk menjalankan operasi jahitan manakala ZYS Jelita Boutique menjalankan operasi jualan dan pemasaran.

Syarikat menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak secara borong untuk peniaga-peniaga pakaian siap. Jenis pakaian yang utama adalah Baju Melayu Lelaki untuk dewasa dan kanak-kanak, pelbagai Baju Kurung Wanita untuk dewasa dan kanak-kanak, Blouse, Jubah serta pakaian seragam sekolah (Baju Kurung dan Baju Melayu).

Dengan kakitangan yang terlatih dan berpengalaman, syarikat mampu memberikan perkhidmatan jahitan pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dalam tempoh pembuatan yang singkat dan kuantiti yang banyak.

MISI SYARIKAT

Menjadi sebuah organisasi perkhidmatan menjahit dan membekal pakaian yang terkenal dengan mengetengahkan imej korporat di samping menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar harga berpatutan.



VISI SYARIKAT

Menjadi peneraju utama di dalam industri pakaian.






Antara peralatan yang kami ada di kilang kami





No comments: